Selamat datang ke dunia Ramadan!

Lesson 1/11 | Study Time: 10 Min
Assalamualaikum adik-adik yang disayangi!




Selamat datang ke dunia penuh misteri Ramadan! Pernah tak adik-adik terfikir, kenapa kita perlu berpuasa? Betulkah syaitan diikat sepanjang bulan Ramadan? Kenapa doa kita lebih mudah dimakbulkan dalam bulan yang mulia ini?




Dalam buku ini, kita akan menyelami pelbagai kisah menarik dan fakta-fakta istimewa tentang Ramadan yang mungkin adik-adik belum tahu. Bukan sekadar membaca, adik-adik juga boleh menulis jurnal Ramadan dan mewarna gambar-gambar menarik berkaitan Ramadan.

Jadi, bersedia untuk menyelesaikan Misteri Ramadan? Jom kita mulakan pengembaraan kita!