Pagi itu, Amir duduk termenung depan buku bacaan. Huruf A sampai Z dah ulang banyak kali, tapi setiap kali disuruh baca, dia cuma senyum malu.
"Saya takut salah, Mama," bisik Amir perlahan.
Ramai ibu bapa tak sedar, kadang-kadang masalah membaca bukan sebab anak tak pandai, tapi sebab mereka tak yakin, takut ditegur atau malu kalau tersilap. Tekanan dari persekitaran boleh buat anak jadi makin jauh dari buku.
Puan Sarah pula pernah kongsi kisahnya.
"Dari pagi sampai petang saya suruh Amir baca buku. Bila dia tak nak, saya marah. Lama-lama dia makin malas nak buka buku."
Inilah realiti... Kita ingat makin banyak masa kita paksa anak belajar, makin pandai dia. Sebenarnya, memaksa tanpa cara yang betul cuma buatkan anak stress dan makin tak minat.
Tak semua anak belajar dengan pace yang sama. Ada anak macam Amir, yang bila umur dah masuk 6 tahun tapi:
❌ Masih terbalikkan huruf
❌ Lupa bunyi huruf
❌ Cepat hilang fokus bila membaca
Kalau tanda-tanda ni berlarutan, mungkin dah tiba masa dapatkan pandangan pakar atau gunakan pendekatan pembelajaran khas yang lebih interaktif dan mesra anak.
Saya pernah cuba satu teknik pada Amir.
"Wah, hebatnya Amir! Huruf A tu dah macam superhero!"
Setiap kali dia berjaya baca satu huruf atau perkataan, saya sambungkan dengan cerita fantasi. Bila anak rasa usaha dia dihargai, automatik semangat dia naik. Jangan lupa beri pujian kecil setiap kali mereka buat kemajuan walaupun sikit. Pujian itu 'baja' untuk keyakinan mereka.
Ramai ibu bapa ajar membaca waktu malam lepas anak dah penat seharian. Cuba perhati, bila waktu anak paling ceria?
Kalau Amir, waktu pagi lepas sarapan, mood dia tengah happy. Waktu tu lah saya masukkan aktiviti membaca yang fun.
Timing yang betul penting, jangan tunggu waktu anak dah letih baru nak mula belajar.