Jika ChatGPT dan Midjourney ialah ‘otak’ AI, maka prompt ialah ‘arahan’ yang kita beri untuk hasilkan output yang kita mahu. Dan di sinilah seni Prompt Engineering menjadi sangat penting.
Prompt ialah teks atau arahan yang anda berikan kepada AI untuk mendapatkan jawapan, imej atau tindakan tertentu. Contohnya:
ChatGPT: “Tulis ayat promosi untuk produk penjagaan kulit lelaki.”
Midjourney: “a serene Japanese garden in autumn, watercolor style, 4k resolution”
Tapi bukan semua prompt beri hasil yang sama. Bila anda tahu cara bina prompt dengan betul, hasilnya lebih spesifik, menarik dan berguna.
1. Gunakan 5W1H
What, Why, When, Where, Who, How. Soalan-soalan ini memberi struktur pada prompt anda.
Contoh:
“Tolong jelaskan bagaimana AI boleh membantu pelajar sekolah menengah menjimatkan masa belajar.”
2. Tambahkan Gaya atau Format
Ingin jawapan dalam bentuk bullet, karangan, skrip, atau jadual? Beritahu dalam prompt!
Contoh:
“Sediakan jadual belajar untuk pelajar SPM dalam format jadual mingguan.”
3. Berikan Konteks
AI akan hasilkan jawapan lebih baik jika anda nyatakan latar belakang atau objektif anda.
Contoh:
“Saya seorang pelajar yang baru mula belajar AI. Terangkan maksud ChatGPT dalam bahasa mudah.”
4. Spesifik & Fokus
Lebih tepat arahan, lebih bagus hasil. Elakkan prompt yang terlalu umum.
✅ Baik:
“Tulis skrip video TikTok 30 saat tentang faedah guna ChatGPT untuk pelajar.”
❌ Kurang Jelas:
“Apa itu ChatGPT?”
✅ Baik:
“a cute robot reading a book in a library, Pixar style, soft lighting”
❌ Kurang Jelas:
“gambar robot comel”