"Brotherhood" bukanlah sekadar lambang yang terpahat di atas vest. Ia adalah janji yang dimeterai dengan darah, diuji dalam lautan api pengkhianatan yang membakar jiwa raga.
Zack "Jebat" Halim kini berdiri tegak memimpin Serigala Besi Chapter Kuala Lumpur, namun dalam dunia 1% MC yang kelam, mahkota President yang bertakhta di atas kepalanya turut menjadi taruhan nyawa yang berharga.
Di celah-celah deruan enjin Harley Davidson yang menggegarkan jalan raya, di antara bayang-bayang yang menari tanpa henti dalam kesamaran cahaya rumah kelab yang malap, siapakah sebenarnya sekutu yang menghulurkan tangan setia? Siapakah musuh yang mengasah belati dalam diam? Tony dan Zulu masih menggenggam dendam yang membara dalam dada. Sofea semakin jauh, bagaikan kapal yang berlayar tanpa arah tujuan. Gedok masih bebas berkeliaran di luar sana mencari peluang untuk terus memperdaya. Dan seorang tukang gunting rambut berusia dengan "kapchai" usang yang telah dimamah usia menyimpan rahsia gelap yang mampu mengubah perjalanan takdir setiap insan yang terlibat.
"Jalan ke neraka" bukanlah perjalanan sehala yang mudah ditempuhi. Ia adalah sebuah labirin penuh ranjau dan duri, dengan pilihan-pilihan sukar yang menanti di setiap persimpangan gelap, dan Zack baru sahaja melintasi pintu gerbangnya dengan kelajuan penuh tanpa sedikit pun rasa gentar di dalam jiwa, belum tahu apakah yang menanti dihari muka.
SERIGALA BESI - BUKU 1 (Jalan Ke Neraka)
Buku pertama dalam siri Serigala Besi Kuala Lumpur ini adalah terjunan panas ke dalam dunia motosikal outlaw yang jarang diteroka
dalam sastera tanah air. Mengisahkan perjalanan Zack "Jebat" Halim yang terseret dalam kehidupan 1% MC apabila persahabatan
bertukar menjadi Brotherhood, dan janji kesetiaan dikotori darah pengkhianatan.
Dengan latar belakang jalanan gelap Kuala Lumpur, kisah ini menggabungkan kelajuan motosikal Harley dengan detak jantung manusia yang mencari tempatnya di dunia. Penuh dengan ketegangan, dilema moral, dan hubungan kompleks yang menjerat watak-watak dalam konflik tanpa penyelesaian mudah.
Jika anda mencari novel Malaysia yang berani menerobos sempadan konvensional, buku ini adalah perjalanan yang akan mengasak jiwa anda!