Asas Kemahiran Pemikiran Komputasional - Sekolah Rendah
in Primary EducationAbout this course
๐Pengenalan Penulis
- Penulis adalah seorang pendidik dengan minat mendalam untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang autentik berasaskan pengalaman sebenar yang relevan dengan
kehidupan harian murid. Dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan
Projek (PjBL), penulis mengintegrasikan kemahiran pemikiran komputasional (PK),
amalan STEM, dan prinsip matlamat pembangunan mapan (SDG) bagi membolehkan pelajar
menguasai pelbagai kemahiran abad ke-21 serta membangunkan daya kreativiti dan
inovasi dalam menyelesaikan cabaran dunia nyata. E-book ini dirangka untuk
membantu guru - guru dan pelajar meneroka pendekatan pembelajaran yang lebih
bermakna, praktikal, dan berimpak tinggi dalam membentuk generasi masa depan
yang berfikiran kritis dan berdaya saing.
๐Pengenalan E-Book
- E-book
"Asas Pemikiran Komputasional : Sekolah Rendah" ini dirancang untuk
memberikan panduan praktikal kepada guru โ guru sekolah rendah dalam memahami
dan melaksanakan akitiviti kemahiran pemikiran komputasional (PK).
Menggabungkan elemen STEM dan SDG, kandungan ini diperkaya dengan aktiviti
berasaskan projek (PjBL) yang menyeronokkan dan memberi impak tinggi. Melalui amalan
kemahiran PK, guru โ guru dapat membantu murid untuk belajar bagaimana :
- ๐Memecahkan masalah kompleks
kepada komponen kecil.
๐Mengenal pasti corak dan pola
dalam data.
๐Membina algoritma yang
sistematik.
๐Menyaring elemen penting untuk
menyelesaikan masalah.
๐Target Audien
E-book ini sesuai untuk guru โ guru sekolah rendah.
ย ๐Kenapa e-Book Ini
Penting untuk Pelajar Sekolah Rendah
- e-Book ini dirangka khusus untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid abad ke-21 dengan memberikan murid asas yang kukuh dalam melaksanakan
pembelajaran berasaskan projek (PjBL) melalui pendekatan bersistematik kemahiran pemikiran komputasional(PK), mengintegrasikan subjek STEM, dan sekaligusย memupuk kesedaranย tentang matlamat pembangunan mampan/lestari yang dikenali secara global sebagai Sustainable Development Goal (SDG).
- Penulis adalah seorang pendidik dengan minat mendalam untuk mewujudkan persekitaran
Comments (0)
Pengenalan kepada asas kemahiran pemikiran komputasional.
4 Asas Kemahiran PK & Contoh aktiviti : Peleraian, Pengecaman Corak, Pemikiran Algoritma, Peniskalaan
Pembelajaran Berasaskan Projek
Topik ini memperkenalkan projek yang menggabungkan pendekatan PjBL, kemahiran PK, amalan STEM dan prinsip SDG dalam menghasilkan Pemanas Air Solar memfokuskan kepada prinsip SDG 7, iaituTenaga Bersih & Mampu Milik. Topik ini turut imenyediakan contoh komprehensif rancangan pembelajara harian yang boleh diubahsuai mengikut keperluan guru.
16 idea pelaksaaan projek bagi murid sekolah rendah.
