" "Skill Digital Mastery: Bina Produk Digital Anda dari A-Z"
in General EducationAbout this course
Bab 1: Pengenalan kepada Produk Digital
Produk digital adalah sebarang bahan atau kandungan yang kita hasilkan dalam bentuk digital – tak perlu cetakan fizikal, boleh dihantar secara online, dan yang paling best… boleh dijual berkali-kali tanpa perlu ulang cetak!
Contoh paling biasa yang ramai dah pernah jumpa ialah ebook. Tapi produk digital bukan terhad pada ebook je – ia boleh jadi video pembelajaran, modul interaktif, PDF latihan, audiobook, slide presentation, dan juga apps!
Kenapa produk digital ni makin trending sekarang?
Kos rendah – Tak perlu kilang, tak perlu stok simpanan. Guna laptop dan kreativiti, dah boleh mula.
Mudah dikongsi – Cuma klik upload di platform macam Digyprime.com, dah boleh capai ribuan orang.
Pasaran global – Sesiapa pun boleh beli, tak kira dari Perlis ke Perancis!
Untung tinggi – Sebab sekali buat, boleh jual berkali-kali. Margin untung memang padu.
Contohnya, seorang cikgu Bahasa Inggeris yang pandai buat latihan interaktif untuk muridnya. Kalau latihan tu diubah jadi PDF cantik + video tutorial ringkas, itu dah boleh jadi satu produk digital yang boleh dijual!
Jadi, kalau anda pernah hasilkan nota, kuiz, latihan pelajar atau video pendek… Sebenarnya anda dah ada asas untuk hasilkan produk digital. Anda cuma perlukan strategi dan tools yang betul — dan itulah yang akan kita belajar dalam course ini
Comments (0)
1. Ebook / e-Workbook
Ini yang paling mudah untuk mula. Cuma perlukan idea, isi kandungan, dan sedikit design. Ebook boleh jadi panduan, nota pembelajaran, tip dan trik, atau cerita pengalaman.
💡 Contoh: “20 Aktiviti Bahasa Inggeris untuk Murid Tahun 4-6”
2. Video Course / Rakaman Pengajaran
Kalau anda suka bercakap atau mengajar depan kamera, ini paling sesuai! Video course boleh dalam bentuk tutorial, rakaman kelas, ataupun sesi pendek (microlearning).
💡 Contoh: Rakaman pengajaran "Cara Guna AI dalam Penulisan Karangan"
3. Template & Modul Interaktif
Ini sangat sesuai untuk guru! Anda boleh hasilkan template RPH, modul PdPR, atau bahan gamifikasi guna Canva/Google Slide. Pelajar boleh guna berulang kali.
💡 Contoh: “Template Modul Interaktif Grammar Check”
4. Audiobook / Podcast Mini
Kalau tak suka menulis, anda boleh guna suara. Rakam penerangan, motivasi atau panduan dan jadikan sebagai audiobook atau siri podcast.
💡 Contoh: “Mini Podcast – Tips Menarik Minat Murid dalam Kelas Online”
5. Apps & Membership Digital
Untuk yang dah advanced sikit, boleh bina aplikasi mini atau platform keahlian (membership) untuk bahan digital anda.
💡 Contoh: Kelas mingguan khas untuk cikgu dalam grup Telegram + akses bahan eksklusif
1. Apa Itu Niche?
2. Kenapa Perlu Kenal Target Audience?
3. Tools untuk Cari Niche & Audience
ringkasan bab
