Content Marketing ialah pendekatan strategik dalam pemasaran yang memfokuskan kepada penciptaan kandungan bernilai, relevan, dan konsisten untuk menarik serta mengekalkan audien. Ia lebih daripada sekadar menjual produk; ia memberikan penyelesaian, maklumat, dan inspirasi yang memenuhi keperluan pelanggan.
Sebagai seorang marketer, saya pernah menghadapi kesukaran besar dalam menghasilkan konten. Menurut kajian Content Marketing Institute, 60% daripada pemasar mengaku sukar untuk menghasilkan konten secara konsisten. Saya juga termasuk dalam statistik tersebut. Kekurangan masa, idea, dan tenaga untuk mencipta kandungan menyebabkan usaha pemasaran saya tidak mencapai hasil yang diinginkan. Akibatnya, saya melihat engagement menurun dan pelanggan mula hilang minat.