Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain. Dijalankan melangkaui sempadan geografi dan politik sesebuah negara mencapai obejktif individu atau organisasi. Perniagaan antarabangsa juga boleh didefinisikan sebagai kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
Aktiviti perniagaan melibatkan dua hala, iaitu import dan eksport. Perniagaan yang melibatkan operasi menyeberangi sempadan negara dengan bermatlamatkan keuntungan. Kegiatan perniagaan di antara individu, organisasi, atau kerajaan sebuah negara dengan negara lain Urusniaga pergerakan barang, perkhidmatan hakcipta, paten, tanda perdagangan, pelaburan modal, pemindahan teknologi, kakitangan, maklumat atau data dan juga penyeliaan pekerja.