PhD Survival Guide: Dari Impian ke Realiti
in General EducationAbout this course
🌟 Perjalanan yang Perlu Dibukukan 🌟
Ada perjalanan yang terlalu bernilai untuk dilupakan. Ada kisah yang wajar dibaca oleh anak-anak kita, supaya mereka tahu bagaimana sebuah impian besar boleh jadi kenyataan dengan izin Allah.
Ini adalah cerita tentang doa yang tak pernah putus, langkah yang terhenti tapi tak menyerah, dan tawakkal yang diiringi usaha tanpa jemu.
Dalam setiap helaian, saya kongsikan:
💡 Bagaimana keyakinan terhadap Allah sebenarnya seperti apa yang kita fikirkan tentang-Nya.
💡 Tips untuk bertawakkal dengan sebenar-benar tawakkal, tanpa meninggalkan strategi.
💡 Realiti perjalanan PhD – jatuh, bangun, dan momen-momen ajaib yang hanya Allah boleh aturkan.
Ini bukan sekadar e-book; ini adalah hadiah untuk jiwa anda. Satu panduan untuk sesiapa yang ingin berani bermimpi, yakin bertindak, dan percaya kepada takdir yang terbaik.
Jika anda rasa ini adalah buku yang anda tunggu-tunggu, stay tuned!
Pre-launch akan diumumkan dalam masa terdekat.
Doakan ia menjadi manfaat besar untuk semua. 💕
#PhDSurvivalGuide
#TawakkalDenganUsaha
#PerjalananImpian
Comments (0)
Semangat tak pernah padam, keinginan yang sentiasa membara tetapi ragu - ragu pada keupayaan diri.
Masih ragu dengan keupayaan diri, bila di hari pendaftaran rata-rata adalah pelajar yang berusia 20an
Mencari supervisor yang sesuai adalah seperti memilih pasangan untuk mendaki gunung,anda perlu pastikan mereka dapat menyokong anda sepanjang perjalanan, terutama ketika mendaki bahagian paling sukar
Ajar diri berdisiplin, siapkan personal target. Usaha milik kita, yang lain dari Allah. Semangat semula kendur apabila sudah mula terpijak duri perjalanan ini.
Hancur harapan, aku tak berjaya mendapat biasiswa. Hati mula berbolak balik, terus atau berhenti.
Allah maha besar, diberikan jalan pada setiap kesukaran. Tukar bidang, semua baru, start over again.
Aku tak hebat, semua dengan izinNYA. Apa itu sistem sokongan , kenapa ia amat penting dalam kehidupan kita. faktor utama yang memudahkan dan melancarkan perjalanan saya.
Phd bukan sekadar sijil, ia adalah cerita perjalanan dan semua cerita sepanjang perjalanan adalah intipati kepada PhD. Bab ini adalah peringatan bahawa PhD adalah tentang perjalanan, bukan destinasinya. Perjalanan itu yang membentuk siapa kita, dan itulah yang sebenarnya paling bernilai.
Sistem sokongan bukan hanya tentang keluarga atau sahabat, tetapi juga tentang hubungan kita dengan Allah. Percayalah pada janji-Nya, kerana Dia tidak pernah mengecewakan hamba-Nya
Jadi, kepada anda yang sedang berada dalam perjalanan, jangan berhenti. Bila terasa penat, ingatlah kenapa anda bermula.
Teruskan pergantungan pada Allah. Semoga tips ringkas ni memberi impak yang besar sepanjang perjalanan anda menyiapkan PhD.
Hidup perlu ada jadual. Ada perancangan . Jadual ni boleh jer adjust ikut keperluan kita. No pain No gain. Try to follow jadual yang kita buat, walaupun tak 100% dapat ikut 60% pun still ada achievement.
Titipan terakhir, ikhlas dari saya
Semuanya bermula dengan langkah pertama.
