PhD adalah
lebih daripada sekadar sebuah perjalanan akademik. Ia adalah sebuah proses yang
membentuk keperibadian, mengasah daya tahan, dan memperkukuh hubungan kita
dengan Tuhan, keluarga, dan diri sendiri. Dalam setiap langkah perjalanan ini,
aku belajar bahawa kegagalan bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada
sesuatu yang lebih baik.
Seperti
kata pepatah: "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya."
Begitu juga dengan PhD, kejayaan tidak datang tanpa usaha, kesabaran, dan
pengorbanan.
Kepada
semua pembaca yang sedang berjuang, ingatlah satu perkara penting: kejayaan ini
bukan hanya milik mereka yang genius, tetapi milik mereka yang tidak pernah
berputus asa. PhD bukan tentang kepintaran, tetapi tentang semangat untuk
terus bertahan dan berusaha.
Moto: Kita Buat Dia!
Inilah moto
yang aku ingin tinggalkan untuk anda semua. Tiga perkataan ini membawa makna
besar:
Jadi,
kepada anda yang sedang berada dalam perjalanan, jangan berhenti. Bila terasa
penat, ingatlah kenapa anda bermula. Dan bila rasa seolah-olah ingin menyerah,
ulangkan moto ini dalam hati: Kita Buat Dia!
Akhir
sekali, percayalah bahawa setiap usaha, air mata, dan doa anda tidak pernah
sia-sia. Segalanya akan berbaloi pada akhirnya, insya-Allah.
Doa, Usaha ,
Tawakkal dan Syukur